Wordpress Themes

DSC_9594
gambar hiasan sahaja, tiada kaitan cerita dibawah

Kisahnya bermula tengahari semalam. Banyak benda yang aku buat semalam. Uruskan hal ini, uruskan hal itu. Ada yang setel separuh, ada yang setel semua… Dan ada juga yang terlepas mata memandang.Yang memenatkannya bukanlah apa, cuma perjalanan diatas jalan raya itu yg paling penat. Mungkin kalau aku drive BMW tak terasa penatnya. Dengan kereta berasak-asak di jalan raya tu la salah satu tekanan.

Sebelah malam nya kena ke office sebab ada meating. Biasanya aku akan guna highway kesas untuk kesana, ntah apa mimpi nak guna federal pulak. Dah hati panas je. Jem tak ingat punyer. But still dapat sampai sebelum pukul 7. So meating pun berjalan seperti biasa. Tapi perut tetiba bergelora… kelaparan. Baru aku perasan yang aku hanya makan pukul 10 pagi je tadi. Banyak betul kerja sampai waktu makan pun tak perasan.

Sebelum balik meating rasa nak singgah cari makanan ringan dulu sebelum sampai kerumah. Seperti kebiasaanya wife aku mesti dah sediakan makanan untuk aku so takperlu lah aku nak makan berat kat luar. Memang tepat jangkaan aku. Balik sahaja atas meja dah tersedia makanan untuk aku. Bab ni memang seronok bila dah kawin ni. Pulak tu dengan lauk kesukaan aku ikan bawal masak stim halia. Bagus untuk buang angin dalam badan.

Selesai sahaja makan terus aku nak berendam dalam bathtubs. Memang feel giler berendam ni… dengan air suam-suam kuku. Layan punya layan teringat masa aku belajar kat polipd dulu. Semester 2 kitorang sewa kat apratment depan polipd tu. Namanya aku tak berapa ingatla tapi sebaris dengan kondo laguna. Duduk 8 orang, semuanya kepala gonjeng. Kerja kami hampir setiap petang berendam kat swimming pool apartment tu. Dengan niat dapat jimatkan bil air rumah… hahahaha.. student biasala kena lakukan banyak penjimatan. Lagipun kalau student archi ni tidor pun tak menentu tempatnya, bawah meja studio pun jadik.

TOK….TOK…TOK…

Aku terkejut….

Tido ke?……….. Bini aku tanya

Hahaha…. baru aku perasan aku masih dalam bathtub lagi. Patut la wife aku ketuk pintu sebab dah lebih sejam aku dalam bilik air. Huhuhu…… lain kali kalau dah penat then kekenyangan jalan la nak berendam dalam air, sure la mesti tertido punya. Nasib baik tak berendam dalam air masin…… ;)
.
.
.
.
.
FUAD TOPA
Senior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-6438731
flickr : http://www.flickr.com/adphotogenic
email : fuadtopa@candidsyndrome.com
website : http://www.fuadtopa.com
blog : http://blog.fuadtopa.com
YM : ad_arjax
facebook : adphotogenic@gmail.com

Leave a Reply