Wordpress Themes

DSC_3499
teaser from my latest job (tiada kaitan dengan cerita)

Dimulakan cerita, malam tadi aku nak keluar untuk ambil angin malam, sambil bertujuan untuk ke mydin mart berdekatan dengan rumah aku. Aku keluar rumah dengan mengenakan seluar pendek dan bert-shirt putih bandung. Malas nak bawak kereta so aku start la motor champion ex5 class 1 aku tu.

Perjalanan ke mydin mart mengambil masa dalam 5 minit, time tu aku bawak 65kmj je tu. Kalau aku pulas lagi minyak confirm bawah 1 minit… Sampai aku di mydin, aku pun park kat betul-betul depan pintu masuk mydin mart tu, itu la kelebihan kalau bawak moto ni senang nak parking. Tapi mata melilau jugak kalau ada pakcik-pakcik bawak buku jalan-jalan kat sekeliling (polis).

Dah habis beli barang-barang dan air kegemaran, terus aku keluar dari mydin mart tu. Selepas pastikan barang yang aku beli tak tercicir aku pun memulakan perjalanan ke rumah. Kali ni aku jalan jauh sikit sebab nak isi minyak moto dulu, so singgah di petronas dulu la kata hati aku. After isi minyak aku pun teruskan perjalanan balik. Tak sampai satu kilo dari petronas tadi ada sekatan jalan raya kat depan… dalam banyak-banyak perkara aku teringat kat lesen aku, bila expired date dia, ahh sudah jangan la dah mati.

Apa lagi polis pun suruh aku ketepi… aku bagi roadtax dulu.. pelahan-pelahan aku keluarkan lesen….. huh lega hidup lagi smpai bulan 5, 2010. Dengan bangganya aku pun cakap “Ini lesen saya”. Ok selepas dia dah check roadtax & lesen terus dia bertanya, nak ke mana ni? aku menjawab balik rumah tok.. aku bertanya balik ada apa roadblock ni tok? dia jawab rutin biasa penjenayah aktif malam-malam ni. Ada rupa saya macam penjenayah ke tok? Takde tapi lampu brek balakang kau tu tak menyala.. arggghh… demm camne aku boleh tak perasan ni… dah malam tadi aku kena saman… huh.. melayang duit….

DSC_3498
teaser from my latest job (tiada kaitan dengan cerita)

nak tnya ada sapa-sapa leh tolong bayar kan saman aku tak? hahahahaha….
.
.
.
.

FUADTOPA
Senior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-6438731
flickr : http://www.flickr.com/adphotogenic
email : fuadtopa@candidsyndrome.com
website : http://www.fuadtopa.com
blog : http://blog.fuadtopa.com
YM : ad_arjax
facebook : adphotogenic@gmail.com

4 Responses to “Kisah satu malam”

  1. alhariesz Says:

    gambau pengantin futuristik… cam konsep time-machine pun ado… nice…

    saman tu lumrah alam bro…ada pnah jumpe sorg pakcik nih, dia nak byr saman kat JPJ…balik bayar saman, tgk kat wiper ada satu lagi saman…haru…. HUAHUAHUAHUA…

  2. asmar Says:

    waaaa…. lawa la pic kawin nie… nak kena belajar ni. hehehe

  3. chung Says:

    bro apsl ko curi link udey bro?

  4. mohdfuad Says:

    wsalam bro aku tak curi link udey la…. ;) this in my link… but link udey yang di transfer ke link aku…

Leave a Reply